APA ITU KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) DAN KEPENTINGANNYA?


Kad perubatan adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital SWASTA secara TANPA TUNAI dengan syarat anda membayar premium.
Memiliki medical card sama pentingnya seperti memiliki insurans kenderaan motor. Yang menjadi perbezaannya Medical Card tidak di wajibkan pihak bank kerana mereka tiada kepentingan ke atas diri kita berlainan dengan insurans kenderaan. Jadi siapa yg berkepentingan kpd diri kita? Tiada orang lain yang berkepentingan melainkan diri kita sendiri serta orang terdekat seperti isteri dan anak-anak.
Anda boleh saja menyimpan wang sendiri untuk perubatan dan kenapa pula anda perlukan kad perubatan? Jika anda simpan RM200 sebulan untuk perubatan, bilakah waktunya simpanan anda akan menjadi RM100,000 sekiranya anda jatuh sakit seperti sakit buah pinggang dan memerlukan sejumlah wang rawatan yang besar sehingga RM100,000? Anda memerlukan sekurang kurangnya 30 tahun simpanan yang konsisten ditambah dengan faedah simpanan berkaitan.
PERANCANGAN KEWANGAN yg tepat adalah perlu bagi MELINDUNGI KEWANGAN dan keluarga anda bagi menghadapi malapetaka yg tidak dapat dijangka oleh mana-mana individu di dunia ini. Justeru itu kita hanya mampu membuat persiapan dlm menangani isu tersebut sekiranya ditimpa musibah.
Jadi, apa fungsi Medical Card? Fungsi Medical Card adalah sebagai perlindungan kepada Bil Hospital Swasta yang tinggi. Dengan medical card, anda mampu mendapatkan rawatan yang lebih selesa, cepat dan tepat. Anda tidak perlu menggunakan akaun saudara mara, akaun Bank, Akaun EPF @ KWSP, Akaun DERMA orang ramai untuk melangsaikan Bil Rawatan anda.
RAMAI YANG MEMBERIKAN ALASAN, PILIHAN ALASAN ANDA??
SAYA KERJA GOVERMENT , FREE JE MASUK HOSPITAL KERAJAAN
Apapun, pertimbangkan situasi-situasi berikut;-
Di kawasan yang berkepadatan tinggi – berapa jumlah hospital kerajaan dibandingkan dengan hospital swasta? Sebagai contoh, di Kuala Lumpur – ada hanya 1 hospital kerajaan iaitu HKL – Hospital Kuala Lumpur atau dahulu dikenali sebagai HBKL – Hospital Besar Kuala Lumpur, atau nama glamournya GH (General Hospital). Dalam masa sama – ada banyak hospital swasta di KL seperti Hospital Pusrawi, Hospital Tawakal, Hospital Columbia, Hospital Gleaneagles, Hospital Prince Court, Hospital Damai dan lain-lain. Mengapa situasi ini terjadi? Sebab SATU hospital kerajaan tidak cukup utk menampung penduduk yang ada di Kuala Lumpur.
Dari sudut KESELESAAN, banyak hospital kerajaan dah terlalu crowded. Wad yang sepatutnya hanya untuk 6 katil, terpaksa sumbat 10 katil! Para pesakit tak ada privasi langsung. Katil rapat2. Pendek kata, jarak antara katil hanya muat seorang sahaja BERDIRI, tak muat untuk letak kerusi.!Sahabat dan saudara yang datang melawat terpaksa berdiri dan ini sangat tidak selesa dan mereka mungkin tidak dapat melawat dlm tempoh yang lama kerana penat berdiri. Masa lawatan juga terhad mengikut masa yg ditetapkan.
Bayangkan pula jiran di katil sebelah sedang nazak dan kesemua pesakit yg ditempatkan di situ terpaksa melihat situasi berkenaan. Adakah ia bagus untuk pemulihan mereka?
Situasi terburuk adalah apabila doktor terlalu sibuk melayan ramai pesakit menyebabkan masa untuk merawat pesakit yang lain semakin terhad. Boleh jadi pada saat-saat kritikal doktor bertugas terlalu sibuk merawat pesakit lain dan mengakibatkan kelewatan yg boleh menyebabkan kematian.
HOSPITAL KERAJAAN LEBIH MURAH, MANAKALA HOSPITAL SWASTA LEBIH MAHAL.
Ya, betul. Hospital swasta lebih mahal kerana ia berorientasikan bisnes dan 100% datang daripada wang pesakit. Tidak seperti hospital kerajaan yang mempunyai subsidi daripada kerajaan. Bagaimana pula jika subsidi kerajaan ini ditarik semula jika keadaan ekonomi yg tidak mengizinkan? Mampukah hospital kerajaan memberi perkhidmatan yg sewajarnya pada kadar RM1 lagi? Fikirkan.Justeru, hospital swasta lebih mahal dan ia perlu datang dengan SERVIS YANG LEBIH BAIK. Jarang berlaku di hospital swasta, wad dan katil pesakit tidak cukup sebagaimana yang berlaku di hospital kerajaan.
JIKA DI HOSPITAL KERAJAAN, PESAKIT YANG DATANG SEDAYA UPAYA DIELAKKAN UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM WAD DAN JIKA DIWADKAN – AKAN SEDAYA UPAYA KELUAR AWAL.
Pengalaman saya, akak saya demam teruk dan terdapat bintik-bintik merah pada kulit dan doctor yg merawat mengatakan demam biasa dan setelah bagi ubat demam di minta balik. Balik rumah muntah-muntah darah dan dikejarkan semula ke hospital. Baru doctor sahkan demam denggi berdarah. Masuk ICU 50% - 50%. Nasib menyebelahi kami dan akak dapat diselamatkan. Bayangkan jika nasib tidak menyebelahi kami akibat sikap ambil mudah yg menjadi amalan sesetengah kakitangan hospital kerajaan.
Berbeza dgn hospital swasta pula sebaliknya. Lebih lama tinggal di hospital swasta, hospital lebih suka kerana lebih tinggi bil yang akan dikenakan.
Malah di hospital swasta, kita boleh memilih bilik yang kita ingin wadkan – bilik 4 katil, bilik 2 katil atau bilik satu katil. Malah ada bilik berstatus premium. Sudah tentu, untuk mendapatkan semua ini memerlukan kos. Berita baiknya, ia boleh ditanggung oleh medical card.
Untuk dapat rawatan pembedahan hospital kerajaan, kita kena ikut giliran. Terpaksa ikut giliran sebab pesakit yang menunggu ramai. Tempoh menunggu tu berisiko samada penyakit kita semakin teruk atau silap haribulan kita mati dulu baru sampai giliran kita.
Contoh yang biasa berlaku adalah kes batu karang, tak boleh kencing. Sakitnya hanya mereka yang pernah merasainya saja tahu betapa seksanya. SANGGUPKAH ANDA MENUNGGU GILIRAN? Adakah anda akan membiarkan saja ahli keluarga anda menanggung kesakitan sedangkan anda mempunyai alternatif lain utk mendapatkan rawatan dengan kadar segera? Kes begini memang berlaku. Kalau hospital swasta, kita dapat akses kepada doktor pakar lebih cepat.
BENARKAH, JIKA KAKITANGAN KERAJAAN MASUK HOSPITAL KERAJAAN AKAN DITANGGUNG SEPENUHNYA?
Setahu saya, tidak begitu. Jika kes-kes kritikal, akan ada kos yang perlu ditanggug oleh pesakit selain daripada subsidi yang diberikan kerajaan. Bila melibatkan kos rawatan yang besar, kita tetap kena bayar jumlah yang besar kepada hospital kerajaan.
Pengalaman saya, keluarga terpaksa mengeluarkan sejumlah RM3000 utk pembedahan kaki yg patah untuk di masukkan besi.
Sebab tu walaupun masih ada hopital kerajaan, ramai rakyat Malaysia yang terkena penyakit kronik terpaksa minta sumbangan untuk rawatan.
Sebenarnya setiap perbelanjaan perubatan oleh kakitangan kerajaan akan ditolak dari gratuity pencen mereka nanti. Utk kes-kes biasa seperti demam, kosnya tak seberapa sgt. Tetapi utk kes-kes spt pembedahan major dan kimoterapi kanser, ia sgt tinggi dan boleh myebababkan gratuity pencen menjadi berkurangan sehingga kosong.. Boleh check pada GL, ada dinyatakan tentang apa-apa kos perubatan akan ditolak dari gaji pekerja.
SAYA SUDAH ADA MEDICAL CARD DARI SYARIKAT TEMPAT SAYA KERJA. JADI TIDAK PERLU LAGI MENAGMBIL MEDICAL CARD
Ya, kita beruntung sekiranya kita mempunyai medical card dari syarikat. Fikirkan situasi yang berikut.
Kebiasaanya syarikat akan cover untuk sejumlah yang ramai dan apabila melibatkan orang yang ramai akan menyebabkan perlindungan yang rendah. Jika limit tahunan yang company bagi cume RM30k setahun tapi kos rawatan sebenar RM50k , mana nak cari lagi 20k tu? Nak gadai rumah? Kereta?
Sekiranya bertukar kerja.
Kebanyakan generasi Gen-Y, selalu berubah-ubah tempat kerja. Jadi, perlu ada medical card milik peribadi sekiranya tempat kerja baru tidak ada menyediakan medical card.
Begitu juga apabila berhenti kerja dan memulakan bisnes, maka perlu juga medical card utk peribadi. Mungkin ada yang terfikir “tidak mengapa, nanti saya berhenti kerja baru saya ambil medical card”. Itu satu perancangan yang bijak – tapi perlu diatur dengan baik sebab mana-mana medical card akan ada tempoh menunggu 30 hingga 120 hari (bergantung kepada jenis penyakit) sebelum ia berkuatkuasa sepenuhnya.
PERLU DIINGATKAN FAKTOR USIA MEMPENGARUHI NILAI PREMIUM BULANAN.
Jadi, jika anda tukar atau berhenti kerja hari ini, dan melanggan medical card keesokan harinya, ia perlu menunggu sehingga maksima 120 hari tempoh menunggu sebelum ia berkuatkuasa sepenuhnya. Bermakna, jika dalam tempoh menunggu itu anda ditakdirkan ditimpa penyakit, medical card tersebut tidak dapat membantu.
Sekiranya pencen.
Secinta dan sesayang mana pun anda kepada syarikat tempat anda kerja, akhir sekali anda perlu berhenti selewat-lewatnya pada usia pencen – 55 atau 60 tahun. Mungkin ada yang terfikir “tidak mengapa, saya akan ambil selepas saya pencen kelak”. Dalam usia yang sudah lanjut, sudah tentu keadaan kesihatan sudah tidak baik lagi.
MEDICAL CARD HANYA LAYAK DIAMBIL OLEH MEREKA YANG SIHAT.
Sekiranya mempunyai masalah kesihatan – kebarangkalian besar ia akan ditolak. Apatah lagi apabila mempunyai penyakit 3 serangkai – sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Justeru, seeloknya medical card diambil dari muda di kala sihat sejahtera berbanding hendak tunggu tua kelak.
Ramai rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas CUBA untuk memiliki insurans nyawa dan medical kad. Jika mereka sihat, tiada masalah. Tetapi jika mereka mempunyai penyakit seperti diabetes, Permohonan mereka akan ditolak.
Jika tiada masalah kesihatan sekalipun Premium (bayaran bulanan) akan mahal kerana risiko penyakit adalah tinggi seiring dengan peningkatan usia. Paling kurang RM500 sebulan.
Mengapa mereka ingin memiliki medical kad? Kerana mereka sedang membayar sebanyak RM30K setahun untuk bil perubatan mereka. Saya bertanya, kenapa sebelum ini tidak ambil medikal kad? Mereka menjawab “Selama ini, klinikal, pembedahan dan hospital di bayar oleh syarikat saya bekerja. Rawatan diabetes saya RM30K semua dibayar oleh syarikat” Tetapi apabila bersara, syarikat sudah tidak melindungi anda. Tetapi penyakit diabetes masih berdegil tak mahu bersara. Rawatan masih diperlukan.
Sekarang anda mempunyai MASALAH BESAR. Tiada mana-mana syarikat insurans pun akan melindungi anda lagi.

ROHANA YAHAYA
0194657467/0164161565

SUMBER : FACEBOOK MR & MRS TAKAFUL



0 comments:

Post a Comment

 
NADI LIMA CAHAYA ENTERPRISE Blog Design by Ipietoon