![]() |
Banyak manfaat yang diperolehi
apabila memilih Takaful Malaysia sebagai perlindungan. Antaranya ialah:
1)
Merupakan syarikat Takaful pertama di Malaysia.
|
Kepakaran Takaful
Malaysia dalam memberikan servis takaful terbaik memang tidak dapat dipertikaikan
lagi kerana Takaful Malaysia sangat
berpengalaman dalam industri ini. Takaful Malaysia juga memiliki kakitangan
yang mahir untuk menguruskan segala urusan takaful saya dengan cekap.
|
2)
Mempunyai dana yang kukuh dalam pembayaran tuntutan.
|
Takaful Malaysia
merupakan anak syarikat kepada Lembaga Tabung Haji. Jadi, dengan mendapatkan
polisi takaful dari Takaful Malaysia, saya berasa lebih tenang dan tidak
runsing tanpa perlu risau masalah yang mungkin timbul jika berlaku sebarang
tuntutan kelak.
|
3)
Pakej produk yang sangat menarik dengan kadar bayaran
balik yang rendah.
|
Takaful Malaysia
turut menawarkan pakej yang sangat menarik yang dan saya boleh memilih mengikut
kesesuaian dan kemampuan saya dengan kadar bayaran balik yang amat
berpatutan.
|
4)
Rebet tanpa tuntutan sebanyak 15% untuk perlindungan
kebakaran
|
Syarikat akan
memberikan pulangan tunai sebanyak 15% jika tiada tuntutan sepanjang tempoh
perlindungan. Jadi saya tidak perlu risau mengenai pelaburan saya kerana saya
tetap mendapat faedahnya walaupun saya tidak membuat sebarang tuntutan.
|
5)
Kempen berterusan kepada peminjam yang memberikan faedah
jangka panjang
|
Untuk pelanggan
yang memberikan faedah jangka panjang, Takaful Malaysia akan sentiasa
memberikan promosi-promosi yang terbaik dan terbaru kepada saya.
|
6)
Mempunyai banyak cawangan di seluruh negara
|
Demi kepentingan
dan membantu menyelesaikan masalah para pelanggan, Takaful Malaysia mempunyai
banyak cawangan di seluruh Malaysia memudahkan lagi bagi syarikat untuk
membantu saya dan pelanggan-pelanggan mereka dan terus berusaha untuk
memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan mereka.
|
MANFAAT-MANFAAT TAMBAHAN:
1)
Belanja pengkebumian RM1000
|
Proses
pengkebumian sudah pastinya menelan belanja yang agak banyak dan Takaful
Malaysia amat memahami situasi bila mana berlakunya kematian dan ahli
keluarga pastinya akan bersedih. Jadi Takaful Malaysia cuba meringankan beban
para pelanggan mereka dengan memberikan sedikit sumbangan untuk perbelanjaan
pengkebumian.
|
2)
Manfaat percuma RM2500 diberikan kepada peminjam jika
berlaku kematian atau keilatan menyeluruh dan kekal (TPD).
|
Sesungguhnya mati
itu pasti dan malang tidak berbau. Sejajar dengan itu, Takaful Malaysia cuba
memberikan yang terbaik kepada para pelanggan mereka dengan memberikan
manfaat tambahan untuk kes-kes yang tidak di jangka. Jadi, Takaful Malaysia
cuba membantu peserta untuk menyempurnakan Rukun Islam kelima apabila berlaku
kematian atau keilatan kekal dengan memberikan manfaat tambahan upah haji
sebanyak RM25, 000
|
3)
Manfaat-manfaat di atas tidak ditolak dari jumlah perlindungan
|
Berita gembira
untuk semua pelanggan, manfaat-manfaat tambahan seperti yang di sebut di atas
tidak di tolak dari jumlah perlindungan dan saya masih menikmati perlindungan
yang sama walaupun anda telah mengalami keilatan kekal (sebagai contoh)
|
Kesimpulannya, dengan memilih Takaful Malaysia kita sedar bahawa dalam hidup ini kita hanya mampu merancang dan DIA yang menentukan segalanya. Jadi Takaful adalah satu kemestian untuk melindungi seseorang individu serta ahli keluarganya jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kelak. Kepada semua yang maseh belum ada perlindungan untuk rumah dan diri anda, saya amat mengalakkan diri anda untuk memilih Takaful Malaysia sebagai perlindungan anda. Saya yakin dan pasti anda tidak akan kecewa dengan Takaful Malaysia.
DISEDIAKAN OLEH :
ROHANA BINTI YAHAYA
019-4657467
0 comments:
Post a Comment