"SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN"

Penyakit kanser semakin menular.

Salam Sejahtera.

Perasan atau tidak penyakit kanser semakin menular di kalangan masyarakat kita. Tidak melihat pada kajian atau sebaliknya, tetapi saya melihat dari kalangan sanak saudara, sahabat andai dan org sekeliling.

Kisah 1: Baru-baru ini dikejutkan dengan seorang lelaki muda sekitar 50an saya yang tiba-tiba hilang berat badan secara mendadak dari range 80kg turun 50kg. Setelah berulang alik ke hospital kerajaan akhirnya mendapat tahu punca penyakit iaitu barah hati.

Kisah 2: Sahabat saya yang sihat tetiba disyaki menghidapi penyakit pankreas tahap 3. Sama juga berat badan turun mendadakMelalui rawatan kimo therapi tetapi telah merebak ke bahagian lain. Umur sekitar 40an.

Kisah 3: Ibu kepada sahabat lama saya menghidapi kanser payudara. Mula dikesan ketika sahabat saya melanjutkan pelajaran ke universiti. Saat ini ibunya hampir tenat dan mendapat rawatan di hospital kerajaan. Umur sekitar 50an.

Kisah 4: Sahabat lama saya tetiba mengadu sakit perut sehingga berjumpa doktor pakar. Disahkan menghidapi barah usus tahap 3. Membuat pemebedahan di Hospital Putra Melaka, menelan belanja sehingga RM15,000. Kos di biayai dengan hasil perkongsian anak-anak seramai 6 orang. Umur sekitar 50an.

Jika dahulu amat jarang mendengar kisah tentang kanser di kalangan sahabat andai dan orang sekililing tetapi sekarang macam terlalu mudah untuk menghidapi panyakit kanser. Apa punca kepada penyakit ini? Saya sendiri tidak pasti sama ada dari segi genetik mahupon dari segi pemakanan. Ada juga yang berpendapat bahawa makanan adalah faktor kepada penyakit kanser sekarang. Ada betulnya juga kerana pada zaman nenek kita dahulu kala amat jarang untuk kita perolehi makanan ringan seperti makanan dalam tin yang sering saja dijual di pasaran sekarang.

Apa yang perlu kita fikirkan? Adakah kita sudah bersedia?
Jika kita mengalami situasi ini adakah anak-anak masih bergantung harap pada kita ataupon anak-anak sudah berupaya berdikari sendiri?
Takaful Malaysia ada jawapannya. Sesuai untuk semua jenis caruman mahupon bayaran. Takaful Malaysia memastikan jaminan buat anda sekeluarga.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di talian:
019-465 7467/ 016-416 1565
ROHANA BINTI YAHAYA
UNIT MANAGER TAKAFUL MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment

 
NADI LIMA CAHAYA ENTERPRISE Blog Design by Ipietoon